Heaven Light

Entry About Shout Follow D'Board


  • Syukran kerana sudi melawat


owner

Contact Me

credits
23:12 | 0 Cloud(s)
Alhamdulillah


30-12-2013
Alhamdulillah . Segala puji-pujian bagi Allah , kerana diberi nikmat terbesar yakni IMAN dan ISLAM sehingga hari ini . Syukur Ya Rahman Ya Rahim.
Semoga sepanjang tahun ini, segala amal kita diterima olehNya , InsyaAllah.
Alhamdulillah segala kurniaan nikmat yang Allah berikan.
Alhamdulillah Ya Rahman untuk segala-galanya .
Sahabat sekalian , adakah rasa bersyukur itu hanya sekadar kata-kata ?
Tidak sama sekali . Bagaimana ?
Yakni dengan kita menggunakan segala nikmat yang Allah berikan itu dengan sebaik-baiknya. Dengan menggunakan nikmat yang Allah berikan itu ke jalan yang diredhai-Nya.
Alhamdulillah, semoga apa yang Allah berikan itu kita gunakan sebaiknya , InsyaAllah .
Oleh itu , semoga Tahun yang baharu ini kita manfaatkan bersama . Yakni ikhlaskan diri semata-mata kerana Allah S.W.T .
Semoga amalan kita tahun baharu ini diterima oleh Allah S.W.T
Yang Penting redha Allah ,  InsyaAllah .Wallahualam
J

Sahabat yang disayangi sekalian ,
Saya mohon maaf segala silap dan salah . Dari hujung rambut hingga hujung kaki . halalkan makan dan minum saya . Saya mohon maaf sangat jika ada perbuatan
TER mahupun yang sengaja . Alhamdulillah , syukran buat semua yang mengenali diri ini . Insya Allah. J
Segala apa yang baik itu datang dari Allah dan segala kekurangan itu datang dari kelemahan diri saya sendiri .
J
Wallahualam .
17:53 | 0 Cloud(s)
Dakwah itu Indah


Dakwah Itu Seni
Seni adalah satu bentuk subjektif, sebagaimana juga dakwah. Dengan dakwah perlukah menyangka bahawa, hanya berceramah sahaja? Sememangnya tidak! Sesungguhnya, dakwah itu terlalu banyak cabangnya. Justeru, bukan hanya bercakap sahaja, dakwah juga boleh digunakan dengan pelbagai cara.
Misalnya, berdakwah dengan nyanyian, penulisan, perfileman, ataupun dengan akhlak yang baik, dan lain-lain lagi. Yang penting semuanya menjurus kita supaya kembali kepada islam. Segala apa kebaikkan yang dilakukan semuanya dikirakan dakwah, yang penting dasarnya kembali kepada islam.
Signifikannya, usahlah kita melihat dakwah itu hanya dengan skop yang kecil. Teliti dan perhalusi, dalam usaha membentuk manusia bukannya dengan berbicara sahaja, hatta dengan akhlak juga boleh mendorong orang lain tertarik dengan islam.
Islam itu hakikatnya indah, di make up lagi dengan dakwah yang kreatif dan menarik akan menampakkan lagi betapa keindahan islam itu benar-benar indah dan suci.
Da’ie Itu ‘Penyeri’
Walaupun sinonim dan kebiasaannya yang berdakwah itu di anggap ustaz/ustazah atau imam, namun hakikatnya kita semuanya adalah dai’e. Islam agama yang mengajak manusia bertuhankan satu iaitu menyeru umat manusia akan mengesakan Allah SWT dan menyakini hanyasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah di bawah panji “La Ilaha Illah Muhammadar Rasulullah“. Oleh itu, seorang pendakwah perlulah membawa imej islam dengan sebaiknya bagi menjaga kebenaran dan keindahan islam.
Tanpa da’ie dakwah itu tidak beerti. Justeru, dai’e itu umpama ‘penyeri’ di dalam dakwah itu sendiri. Untuk menyantuni manusia mengajak ke jalan kebenaran. Bersikap kreatif dalam menyerikan dapat menyumbangkan idea pembentukkan sahsiah di dalam diri manusia.
Selain itu, pendakwah yang menjadi pernyeri perlu memecah tradisi, dengan melemparkan segala kejumudan yang ada, melihat dengan penuh kondisi dan sisi. Bagi mencari ruang yang ada untuk memenuhi hati manusia mengajak kembali kepada tuhan yang Maha Esa.
Jangan hanya kejumudan yang ada sehingga tidak melihat uslub (cara) dakwah yang betul, dan waqi’ (sesuai pada sesuatu keadaan, tempat dan masa) menyebabkan manusia yang mahu berjinak-jinak kembali dengan islam, ataupun yang mahu mencari kebenaran islam  memandangan serong pada sesetengah pendakwah yang syadid pada tempat yang tidak sepatutnya. 
Hal ini kerana adanya kepelbagaian mad’u iaitu orang yang di dakwah, mempunyai fikrah dan latar belakang yang berbeza-beza.  Justeru, sudah tentulah pelbagai respon dan reaksi yang akan diterima oleh seorang da’ie. Telah berkata Al Marhum Hasan Al-Hudhaibi, mursyid kedua Ikhwan Muslimin, “kita adalah pendakwah bukan penghukum!”
Maka marilah kita koreksi kembali, pendakwah yang berstyle itu juga perlu ada bagi menyerikan lagi dakwah yang sediakala. Kreativiti dalam berdakwah dapat menarik minat manusia untuk kembali kepada jalan kebenaran dan menerima keindahan islam itu tanpa sedikitpun ada rasa terpaksa.

Siapa Pendakwah?

Namun sebagai umat manusia, adakalanya merasakan diri tidak layak dan belum cukup sempurna di dalam melaksanakan dakwah. Kita akan melaksanakan dakwah itu hanya apabila diri kita cukup dengan ilmu agama. Justeru, dalam kehidupan itu kita hanya membiarkan dakwah dilakukan oleh mereka yang bergelar imam, ustaz atau ustazah.Mungkin kita terlupa dengan ayat yang berbunyi;

Sesiapa yang mengucap tiada tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu persuruh Allah, dan dia adalah dai’e”
Daripada ayat ini, jelas menunjukkan setiap muslim itu adalah pendakwah, yang menyeru manusia kepada mentauhidkan Allah, menyakini Muhammad Kekasih Allah, yang mengajak manusia mengerjakan kebaikan dan menyeru meninggalkan larangan Allah SWT.

Lantaran itu, untuk berdakwah usah tunggu sempurna. Teruskan usaha, mencari ilmu dan tingkatkan iman kepada Allah SWT. Sentiasalah merasai diri ini penuh dengan noda dosa dan merasa kurang di hadapan Allah SWT. Sesungguhnya dengan hadirnya rasa kerendahan diri kepada Allah SWT akan mendorong kita untuk lebih berusaha untu memperbaiki diri seterusnya berlumba-lumba di dalam melakukan amal kebaikan.

Waallahualam :) Credit: Ashraf bin Ahmad Hadi  


22:18 | 0 Cloud(s)
Taaruf :)

Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh

Alhamdulillah , siap separuh juga blog yang tidak seberapa ini .
Memerlukan masa dan rajin yang berterusan . Sesshh , btw syukur ada peluang dapat on9 wifi kuat .
Oleh itu selamat berkenalan saudara :) Alhamdulillah masih diberi peluangNya untuk terus berjuang di bumi Allah s.w.t .
Perkenalan nama saya Nur Jannah Isnaira Abbraham . 16 tahun . Kawan2 panggil saya Jannah or Nana .
Menetap di asrama *sebb tu blog parak ==''
Then , duduk dalam kelas 4 perakaunan :)
Lahir kedua dan LasT :)
Budak baru belajar ba sya ne :)
Tunjuk ajar di perlukan . Syukran